Road To MAHA 2018 Zon Utara akan diadakan pada 31 Mac dan 1 April 2018 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. DJ Wani dan DJ Nani akan berada di sana bagi melaporkan dan berlintas langsung menerusi PerakFM. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Demo Masakan, Demo Pembuatan, Pameran Agensi Kerajaan, Jualan produk-produk usahawan, pertandingan mewarna, Jualan Jimat Belanja Dapur, Food Truck, persembahan kebudayaan, persembahan artis di Gegar Peladang bersama Amira Othman, Ara Johari, Syamel, Mamak PUteh dan One XOXO.