Program Negaraku Menghubung Menyatu anjuran KKMM akan diadakan di Padang SMK Seri Kampar pada 31 Mac hingga 1 April 2018. PerakFM akan berlintas langsung di lokasi bersama DJ Nasreeq, DJ Yeop, Dj Mim dan DJ Finas. Ketua Bahagian Rancangan, Puan Noor Asmihan Mansor, Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, En. Roslan Awang dan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, En. Sabri Mansor akan turut serta menjayakan program ini.